IKIM FM



*Please wait until the stream is connected

IKIM.fm merupakan salah satu saluran radio yang terdapat di Malaysia. IKIM ialah singkatan kepada Institut Kefahaman Islam Malaysia, iaitu pengendali stesen radio ini. Ia dipancarkan menggunakan frekuensi 91.5 MHz (di Lembah Klang) dan dipancarkan ke seluruh negara. IKIM.fm boleh didengari di Singapura, Batam, Brunei dan selatan Thailand (Satun, Narathiwat dan Pattani) IKIMfm dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri ketika itu, YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad pada 6 Julai 2001. Frekuensi IKIM.fm dahulunya digunakan oleh RFM (kini Red FM), sebelum bertukar ke 104.9 MHz (di Lembah Klang), pada awal tahun 2000. Ia juga boleh diikuti melalui internet di laman webnya. Rancangan dan isi kandungannya adalah bercorak agama Islam. Stesen radio ini beroperasi selama 24 jam.